Rita Rudaini Tuduh Zaquan Adha Mengandungkan Anak Dara Orang!


Pelakon wanita terkenal, Rita Rudaini dengan adik kembar suaminya, Zaquan Adha, yang dikatakan tidak pernah mempunyai hubungan baik di antara mereka dilaporkan bergaduh besar menerusi laman sosial Twitter milik mereka hari ini.

Bermula dengan isu ‘ibu mertua suka atau atau tidak’ kepada Rita, pergaduhan antara ipar tersebut melarat kepada persoalan Rita yang bertanyakan tentang Zaquan yang dikatakan menyebabkan seorang gadis dikenali sebagai ‘M’ mengandung dan dipaksa gugurkan kandungan.

Difahamkan, Rita Rudaini pada mulanya menjawab soalan salah seorang rakan Twitternya tentang hubungan antara aktres tersebut dengan ibu mertuanya dan memberitahu bahawa dia tidak kisah sama ada ibu mertuanya sayang atau tidak padanya.



Umum mengetahui yang Rita dan Zaquan mempunyai hubungan yang kurang baik sejak aktres tersebut menjalin hubungan cinta dengan kembar Zaquan, Aidil Zafuan tidak lama dahulu.

Pasangan itu turut mencetus kontroversi apabila berkahwin secara diam-diam di Songkhla, Thailand, pada Februari 2008 dan merahsiakan perkahwinan tersebut dari pengetahuan ibubapa serta keluarga sehingga rahsia tersebut dibongkar media kemudiaannya.


Nampaknya, hubungan kekeluargaan yang dulunya renggang mungkin akan terus berlanjutan setelah masing-masing masih lagi menyimpan perasaan tidak puas hati dan menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mencetuskan pergaduhan.


2 comments:

hud aikara said...

apalah diorang ni...jagalah sikit perangai masing2 tu..dahlah semua org kenal...tak malu ke..:(

AR-Mujahid said...

Alahai... kisah rumahtangga pun diaorg nk bwk sampai di khalayak ramai.. apa la diaorg ni

Entri Terbaru saya:
Bagaimana Mahu Meningkatkan Keyakinan Diri