Tragedi #Petknode : Permohonan Maaf Dari Petknode




Nampak tak ? Ok2 , aku copy paste balik kat bawah ni .


Dengan ini, kami, Shahrul dan Yushairi, pemilik perniagaan Petknode Online Pet Store, dengan hati yang tulus ikhlas dan rasa rendah diri, ingin menyampaikan rasa terkilan dan bersalah kerana gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti yang dijanjikan. Kami mengakui kesilapan kami dalam menguruskan pusat jagaan kucing kami sehingga kebajikan kucing-kucing pelanggan diabaikan. Kami amat menyesal disebabkan gagal mendapatkan tenaga pekerja untuk membantu kami menguruskan pusat jagaan kucing dan sebagai perniagaan yang kecil, kekangan modal dan sumber yang terhad menyebabkan kegagalan kami menyediakan tempat tinggal yang terurus untuk kucing-kucing pelanggan. Walaubagaimanapun, kami telah cuba yang termampu untuk menguruskan kucing-kucing pelanggan dengan segala sumber yang ada.

Kami memohon maaf kerana menyebabkan kucing-kucing pelanggan menjadi tertekan, kurang makan dan minum, terabai kebajikannya disebabkan kekurangan dan kelemahan kami sendiri.


Wah , senang je minta maaf macam tu je kan, susah nak maaf ni bro , ramai yang betul2 tak boleh nak terima benda ni termasuk aku , sian kucing tu , jadi mangsa manusia macam korang ni . Bukan aku sorang je marah dan tak nak maafkan korang , ramai lagi .. Ni antara komen2 yang betul2 marah dengan Petknode ni..


Cukup banyak ni je aku Printscreen, banyak sangat komen cacian yang dorang dapat ni , tak kira laki ke pumpuan , semua nak maki2 Petknode ni , nasib baiklah aku tak friend dengan Petknode Cat Boarding ni ..  kalau tak , dengan aku terlibat sama . Moga ALLAH ampun dosa korang ni ..

Luahkan ketidakpuashati korang tu dan berkongsi idea megenai kucing ke group kucing aku di facebook

10 comments:

cik siti said...

kucing-kucing, rest in peace. T_T

QaRr JaliL said...

sian ouh kucin 2..aku sbgai pecinta kucin menentang skeras-kerasnya perbuatan petknode tu.

Tengku Nizam said...

pencinta kucing konon, haha, awek ko nak campak mane?

myra abdullah said...

yg penting dieorg dah nyesal,
yg lain tuh biar dieorg setel dgn ALLAH SWT.
kite ini manusia,tak lari dr wat silap..

rara pinkmafia said...

org melayu kite ke yg punye kedai ni.dye nk modal apa.kalau dh tau tak cukup tenaga kerja.knp amik banyak2.dh lah charge mahal.

QaRr JaliL said...

cintakan kucin beb..awek or bakal orang rumah ttp di hati..

NAK MERJAUK LAA..EMI DA NIHH..

:P

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

ni lah perangai org meniaga yg tak betol,tamak sgt!

Miss Moots said...

thank God dorang dah kena saman and dapat balasan dunia....
dunia oh dunia..

tengkumuhammadazizi said...

dengan buad notis bodoh ni, apa pihak yang menghantar kucing beliau (kucing yang dh mati)akan maafkan korang mcm tu je ke ? alah pikir logik akal weiyh, semua akan benggang. tk jujur betul la korang ni. banner pusat penjagaan kemain lagi gambar mcm first class last last mcm dlm longkang je service. podah lah weiyh.

Saiazuan said...

ada kemungkinan kucing ada id nanti