Orang Minyak Dihantar Ke Hospital Sakit Jiwa



'Orang minyak' yang ditahan penduduk Taman Pinggiran Batu Caves kelmarin akan dimasukkan ke hospital sakit jiwa kerana tindakannya berbogel di hadapan rumah penduduk di kawasan perumahan itu awal pagi Sabtu lalu.

Tindakan itu dilakukan selepas siasatan polis mendapati lelaki tersebut kurang siuman dan tidak terlibat dalam kes jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, siasatan pihaknya setakat ini mengesahkan lelaki berusia lingkungan 20-an itu kurang siuman.

Katanya, namun siasatan lanjutan dan pemeriksaan perubatan akan dilakukan terhadap lelaki tersebut.

Difahamkan, lelaki tersebut bukan sahaja muncul pada waktu malam dan bersilat di hadapan sebuah rumah penduduk di taman berkenaan.

Sebaliknya pada sebelah siang, dia kelihatan di beberapa kawasan berkenaan dalam keadaan bogel namun lari sebaik sahaja dihalau penduduk.

Malangnya, tindakannya yang mencurigakan dengan bersilat di hadapan seorang perempuan seperti pengamal ilmu hitam telah membuatkan dia dikejar dan dibelasah penduduk.- Kosmo






Orang gila rupanya , nasib baik lah , sebab kejadian ni berlaku betul - betul kat depan rumah flat aku , haha. Selamat2 , tapi aku tak pernah pula nampak kat kawasan rumah aku selama ni.. Kasihan , muda-muda lagi tak sakit mental. Menakutkan je kalau betul - betul ada orang minyak ni .

1 comment:

ummiarissa said...

apsal lah tak derma seluar kat dia..kesian pulak tengok bogel cam tu...nasib dia...