Liga Bola Indonesia Di Saluran Astro



Populariti penyerang Malaysia, Mohd. Safee Sali menerusi kelab Pelita Jaya, menarik minat syarikat produksi Broadway Media untuk menyiarkan perlawanan bola sepak Liga Perdana Indonesia musim baru di negara ini.
Bermula 8 Oktober ini, Broadway Media bakal menyiarkan perlawanan Liga Perdana Indonesia menerusi saluran berbayar, Pelangi dan Bintang di stesen televisyen satelit pertama negara, Astro.

Pengerusi Eksekutif Broadway Media, Datuk Syed Ahmad Khalid Syed Mohammed berkata, selain kejayaan Safee di Indonesia, penayangan Liga Perdana Indonesia di Astro akan membantu membuka lembaran baru industri bola sepak Malaysia.


"Broadway Media menyediakan platform yang turut membuka ruang kepada usaha meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.

"Kita percaya banyak hal yang boleh industri bola sepak Malaysia pelajari daripada Liga Perdana Indonesia menerusi kerjasama yang dimeterai ini," kata Syed Ahmad di sini, baru-baru ini.

Syed Ahmad mewakili Broadway Media menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PT Liga Prima Indonesia yang merupakan pengelola pertandingan bola sepak profesional Indonesia, Liga Perdana Indonesia yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Widjajanto.

Menyaksikan majlis menandatangani MoU itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Andi Mallarangeng.

Menerusi MoU itu, kata Syed Ahmad, Broadway Media memperoleh hak untuk menayangkan perlawanan berkenaan di saluran Bintang (saluran 141, Astro) dan Pelangi (saluran 142, Astro) serta untuk tayangan di Brunei.

2 comments:

afismail said...

ape nama lagu background indo pek ni haa? catchy btui la..

afismail said...

salam bros!! sape tau nama lagu masa iklan astro pelangi tu?