Kenyataan Media Berkenaan Penyebaran SMS Palsu Biskut Munchys



Baru2 ni ada tersebar SMS / email berantai macam di bawah ni .
TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DLM BISKUT..TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SE ISLAM& KEPENTINGN UMAT ISLAM. DR PEG.JAKIM -HJ.JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)kalau tuan2 sayangkan agama Allah yg suci,sebarkan sebanyak mungkin,ini suatu ibadah! ..mudah2an Allah merahmati tuan.


Berikutan dengan itu pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan seperti dibawah... 


Rabu, 14 September 2011
1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".
2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.
3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.
4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Sekian, terima kasih.
Hati-hati dalam penyebaran benda yang tak pasti , jangan sampai jadi fitnah . Kita yang tanggung dosanya nanti .. 

No comments: