Harga Terbaru Tambah Nilai Selepas Dicukaikan


Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.
Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.
Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.
Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.
Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.
“Dengan cukai perkhidmatan 6% terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. 

Nak beli tambah nilai pun dah kena cukai sekarang ni , serius meyusahkan. Makanlah duit haram  banyak2 eh , Dibawah ni harga baru tambah nilai Maxis. 

Semua pek permulaan dan tambah nilai prabayar mudah alih adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan 6% KECUALI kit permulaan,  kad  sim dan hot ticket Internet pra bayar Maxis. 

Untuk pengguna DIGI - Harga Baru
Untuk pengguna Celcom - Harga baru

Berkuatkuasa  15 september 2011.

Hukum mengenakan cukai dalam islam 

4 comments:

Saiazuan said...

ad +ve dan -ve kenaikkan ni.. so tripa dgn tgn trbuka je la kan

Zul Fattah said...

mujurlah aku dah jarang guna phone skrang ni.. haha

mizzkechique said...

hebat!!!

Cik Kamoo said...

ntah ape lahhhhh