Gambar Dan Harga Perodua Myvi 1.5 Extreme



Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangka Myvi 1.5 yang baharu akan menyumbang kepada kira-kira separuh jualan bulanan daripada 8,000 unit model Myvi.

Myvi 1.5 yang baharu akan tersedia di kesemua 178 bilik pameran Perodua di seluruh negara dari 15 September, kata Pengarah Urusan Datuk Aminar Rashid Salleh.


Dalam satu kenyataan hari ini, katanya, jika diambil kira kejayaan Myvi 1.3 sebelum ini, edisi baharu itu dikeluarkan berikutan permintaan dari pihak-pihak tertentu yang mahu mendapatkan Myvi yang mempunyai kapasiti enjin lebih besar.

"Myvi 1.5 baharu itu kini hanya dikeluarkan secara eksklusif bagi pasaran Malaysia dan disasarkan kepada eksekutif muda dan di bandar yang mahukan kereta yang sporty dan premium,” katanya.

Tempahan bagi variasi premium dan sporty dibuka dari 12 September manakala harganya akan diumumkan pada hari pelancarannya.

Sejumlah empat variasi, yang termasuk variasi multimedia, kedua-duanya dalam transmisi manual dan automatik tersedia dalam lima warna.

"Kesemua bilik pameran Perodua akan dibuka sehingga lewat malam bagi menampung pelawat yang ramai dalam tempoh beberapa hari selepas pelancaran itu,” kata Aminar Rashid.

Mengenai Myvi 1.3 katanya, tempahan dan jualan kereta itu terus mencatatkan peningkatan yang baik sejak pelancaranya pada Jun tahun ini.
"Perodua telah menerima tempahan 34,000 unit dengan 18,000 telah diserahkan sehingga ini,” katanya

-utusan


Gambar-gambar brochure Perodua Myvi 1.5 Extreme








Macammana? Berkenan? Dapatkan di showroom perodua mulai 16 september 2011 atau boleh tempah di www.buy-perodua.com


sumber rujukan : http://www.zuarxpdc.com/2011/09/gambar-dan-harga-perodua-myvi-15.html

1 comment:

Fay said...

boleh la beli myvi bru pasni.. :P