Devan Umum Letak Jawatan Jurulatih Selangor






K. Devan secara persetujuan bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan Merah Kuning berkuat kuasa hari ini ketika anak buahnya masih ‘tersepit’ untuk memburu tiket ke suku akhir Piala Malaysia 2011 dengan baki dua perlawanan Kumpulan D.


Dia membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2009 itu selepas mengadakan perbincangan dengan pengurusan FAS kelmarin sekali gus menamatkan kontraknya lebih awal daripada yang dijadualkan berakhir pada 30 November ini.-utusan


Sedih aku tengok team Selangor dalam kempen Piala Malaysia tahun ni , malap je , tapi Selangor masih berpeluang untuk ke suku akhir andai dapat kalahkan PDRM dan Kuala Lumpur dalam baki 2 perlawanan nanti , asalkan pertemuan diantata T-team dan Kuala Lumpur dimenangi oleh T-team.. 


Terima kasih diucapkan kepada K.Devan di atas segala usaha yg telah anda berikan kepada team Red Giant... JASAMU DIKENANG....

3 comments:

Rtp Farra Arisha said...

tak alert sgt akan perihal ini :O

Zul Fattah said...

cukup la tu.. terlalu lama slangor pegang Piala FA.. bagi la org lain pulak yg nk concer

IMANSHAH said...

sian selangor