Putus Tunang , Saman 1 Juta !

"Ehh, awak nak putus tunang dengan saya ? Tapi apa salah saya ? Kalau awak nak pergi , pergi lah , tengoklah saya buat apa nanti!"


Seminggu lepas tu , si perempuan pun dapat surat saman dari si laki tadi .. Bestkan ? Kalau saman takat 3 4 ratus tu bolehlah nak bayar , ni kalau main ratus ribu ke sejuta , memang naya .. 




KOTA BHARU - Seorang penjawat awam memfailkan saman sebanyak RM1.1 juta ke atas bekas tunangnya di Mahkamah Tinggi di sini semalam kerana membatalkan perkahwinan kira-kira enam jam sebelum mereka sepatutnya diijabkabulkan pada 3 Jun lalu.

Plaintif, Mohd. Masran Ab. Rahman, 32, dari Kampung Banggol Kemunting, Tanah Merah memfailkan writ saman tersebut menerusi dua peguam, Latifah Ariffin dan Mohd. Murtadza Mohd. Mokhtar, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Plaintif tidak hadir di mahkamah kerana bekerja di Kuala Lumpur.

Selain bekas tunangnya, Norzulyana Mat Hasan @ Mat Hussin, 28, yang dinamakan sebagai defendan pertama, Mohd. Masran turut menamakan bapa wanita itu, Mat Hasan @ Mat Hussin Ibrahim, 60, dari Taman Maka, Tanah Merah di sini sebagai defendan kedua.

Lelaki itu menuntut daripada defendan-defendan ganti rugi am sebanyak RM100,000, ganti rugi teruk sebanyak RM500,000, ganti rugi malu sebanyak RM500,000 dan ganti rugi khas yang akan ditentukan kemudian.

Mohd. Masran yang bekerja di Kuala Lumpur kecewa dengan tindakan bekas tunangnya yang membatalkan perkahwinan pada hari mereka sepatutnya bernikah iaitu pada 3 Jun lalu setelah mengikat tali pertunangan sejak tahun lalu.
Norzulyana yang merupakan seorang juruteknik makmal di sebuah hospital di Kuala Lumpur didakwa membatalkan perkahwinan mereka pada pukul 11 pagi, kira-kira enam jam sebelum majlis akad nikah yang dijadualkan selepas Asar tanpa memberitahu apa puncanya.


*jaga hubungan baik2, jangan sampai putus ok .

2 comments:

Saiazuan said...

OMG!!! agak mnarik nk tgk prkembangan ni.. tp an, xprlu la saman bnyk sgt mcm tu... yes malu, tp kesian la kt girl tu.. tak gitu?

Anonymous said...

Salam.. Pelik betul manusia di akhir zaman. Tak redha dengan ujian yang Allah beri. Mungkin ada sebabnya kenapa gadis tersebut dan keluarganya sanggup mengambil risiko memutuskan pertunangan. Dan tidak molek bagi kita sebagai ahli masyarakat membesarkan musibah yang orang lain hadapi. Apakah perasaan kita jika kakak, adik atau anak gadis sendiri yang difitnah sebegitu dahsyat. Mungkin apa yang kita baca ni sekadar fitnah dan tomahan dari satu pihak sahaja. Sama-samalah kita doakan semoga kemenangan akan berpihak kepada pihak yang benar.. Wassalam