Penghuni Islam di Burj Khalifa Berpuasa Lebih Lama



DUBAI, United Arab Emirates (AP) — Umat Islam yang tinggal di menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa akan mengambil masa yang lebih lama sebelum boleh berbuka puasa bagi menghormati kesucian bulan Ramadan.

Mohammed al-Qubaisi, pemimpin tertinggi umat Islam di Dubai berkata, umat Islam yang menghuni dari tingkat 80 hingga tingkat 149 perlu menunggu selama dua minit lagi sebelum boleh berbuka puasa, manakala bagi mereka yang menghuni dari tingkat 150 dan ke atas pula akan memerlukan tambahan 3 minit lain. Kewujudan perbezaan ini adalah disebabkan oleh matahari yang masih boleh dilihat di tingkat 80 pada ketika ianya sudah tidak kelihatan jika berada tingkat bawah.

Menara yang berketinggian 828m itu mempunyai 160 tingkat yang sudah dihuni. 


SEDIKIT INFO TENTANG BURJ KHALIFA

Burj Khalifa (Arab: برج خليفة‎ "Menara Khalifa"), dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai,Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m (2,717 ka). Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Bangunan ini merupakan sebahagian porjek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai. Skidmore, Owings dan Merrill, LLP (Chicago) merupakan jurubina dan jurutera menara ini.Bill Baker, Ketua Jurutera Struktur projek ini, mencipta sistem struktur teras bersagang untuk membolehkan menara ini mencapai ketinggian luar biasa sambil berjimat cermat. Adrian Smith yang bekerja bersama Skidmore, Owings dan Merrill (SOM) sehingga tahun 2006, bertugas selaku Rakan Rekabentuk dalam projek ini.
Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung C&T dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar Petronas, kumpulan Besix dari Belgium dan Arabtec dari EABTurner Construction Company dilantik sebagai pengurus projek pembina. Mengikut undang-undang EAB, pihak Kontraktor dan Jurutera Rekod bertanggungjawab bersama dan berasingan atas prestasi Burj Dubai. Oleh itu, dengan menerima reka bentuk SOM serta dilantik sebagai Jurubina dan Jurutera Rekod, Hyder Consulting menjadi Penasihat Rekabentuk untuk menara ini.
Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar AS$1.5 bilion; dan untuk seluruh projek "Downtown Dubai" pula, AS$20 bilion. Mohamed Ali Alabbar, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Properties, ketika berucap di Kongres Dunia ke-8 Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar, mengumumkan bahawa harga ruang pejabat di Burj Khalifa telah mencecah AS$4,000 sekaki persegi (atau lebih AS$43,000 semeter persegi), lebih-lebih lagi Armani Residences yang juga terletak di Burj Khalifa, dijual pada AS$3,500 sekaki persegi (lebih AS$37,500 semeter persegi).

Sumber : Wikipedia

No comments: