Pengguna Internet Explorer (IE) Orang Yang Bodoh ?



Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.
Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.
Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).
Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.
Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.
Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.
Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.
Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunakannya.
Sumber

Suka -suka hati je kata pengguna Internet Explore (IE) ni , lembab otak , mungkin IE ni senang nak guna kot sebab masih yang guna, Lagipun broswer IE memang dah siap install dalam pc kita pun, huhu. Aku paling suka Mozilla Firefox, sebab banyak ADD-ON yang gempak- gempak, dan nak loading pun tak berat sangat. Korang pulak?

7 comments:

~Queen Q~ said...

saye gune google chrome!!! tapi xde la pandai pon.. hohoho

Ini Kisah Tia said...

amboi .. kemain kata orang macam tuuu . haish! kajian takleh pakai .. kot2 lah browser lain takleh pakai kan .. sebab tu pakai IE .. ee ~

udin said...

hahaha.. kelakar lak bace artikel ni.. mcm2.. tapi IE punya loading lembap sikit kot berbanding Mozilla dgn Goggle Chrome..

belogkiter said...

google chrome. tapi kat office kena guna ie

RATU QASEH SAIFUDIN said...

guna googlw chrome..sbb cepat nk loading..kalau ie tu..err..agk lmbat laa..hihi

Fakhri Ghazali said...

Pakai google chrome,,, cepat loading,,, banyk extension yg boleh diterokai n gempak2 macam firefox....
Firefox pon guna jugak kdg2 n dia boleh speed up kan firefox melalui setting,,

Fakhri Ghazali said...

Google chrome pakai,, firefox pon pakai... dua2 mempunyai extension yg menarik n gempak2... lagi satu firefox boleh set speed up kan firefox dengan mengubah value2 dekat settingnya...