Lamar Kekasih Dengan Cara Unik



QINGDAO, China - Seorang lelaki, Pang Kun memakai kostum lobak merah dan cermin mata hitam bersama 49 rakannya yang turut berpakaian untuk melamar teman wanitanya, Zhao Xinyu, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas menemui Xinyu di pusat beli-belah tempatan di sini pada Sabtu lalu, Kun memberi alasan hendak ke tandas agar dia dapat menukar pakaian.

Dia kemudian kembali sebagai lelaki lobak merah dengan ditemani rakan-rakannya.
Rakan-rakannya mula menari dengan diiringi muzik yang kedengaran menerusi sistem pembesar suara pusat beli-belah.

Situasi itu mengejutkan kekasihnya dan rakan-rakannya.

Apabila muzik berhenti, rakaman suara Kun kedengaran menerusi sistem pembesar suara berkenaan.
"Enam bulan dahulu, kita mula berkenalan," kata suara itu.


"Masih terpahat di hati saya bagaimana anda begitu segan semasa janji temu kita yang pertama, tentang saya merindui janji temu kita seterusnya dan perasaan saya apabila saya kali pertama menggenggam tangan kamu ketika kita menonton wayang."

Dia kemudian membuka kostumnya dan berlutut untuk melamar kekasihnya.

Orang ramai yang berada di sekitar mereka turut tersenyum apabila Xinyu menerima lamaran tersebut.
Menurut Kun, dia mengambil masa tiga minggu untuk merancang aksi romantik itu. Kos lamaran itu dikatakan menelan belanja 100,000 yuan (RM47,076.41). - Agensi

p/s : bestnya , bila orang nak lamar aku seromantik ni ekk? HAHA

11 comments:

Rose@jtk said...

brader buang iklan kat sblh kanan nih..terbantut nk bnyk...perkataan tak nmpk..ramai bukan then kuar balik sbb tensen

Rose@jtk said...

salam..brader..tlg buang ikalan kat sblh kanan tu..semak la mata tgk..nk baca post payah hihi..jgn mare ehh...pasnih bukak kalu ada g teman payah la nk follow...xleh nk baca...

Zeeqa ~ Ajie said...

kalau adat kita lagi manis, terus masuk minang jumpa family je. :)

Puteri Berangan said...

xsbrnya nk tunggu lee min hoo lamar sye.. mcm mne die wt ek..t die lamar kt tempat salji.. weeeeeee~

Lilynn Sazlin said...

serius romantik gila.. haihhh :(

Lilynn Sazlin said...

btw. beb.
comel gila banner ko. tigerrr aummm!!

nurul diana said...

sweet sngt2 :)

BeLL@ BeLLa said...

banyak nyeee carrot....!

Fyzal said...

perghh.. besar belanja dia. sanggup tu.

Saiazuan said...

nk try mcm ni gk la...hehe

Sanhan.. said...

cm mmbzir je..hee..