Didenda Miliki Salinan Cetak Rompak Upin & Ipin





Sebuah syarikat pemborong pakaian hari ini dikenakan denda RM300,000 atau dipenjara lapan bulan, jika gagal membayar denda, oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan memiliki 150 unit salinan cetak rompak gambar kartun "Upin & Ipin" tanpa kebenaran Syarikat Les' Copaque Production Sdn Bhd.

Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman itu selepas Syarikat Fook Tai Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikat, Yap Kien Sing, 49, mengaku memiliki salinan gambar berkenaan yang dicetak di atas baju "T" kolar bulat tanpa kebenaran pemilik syarikat animasi itu.

Kesalahan itu dilakukan di premis NO. 17C dan 19C, Lorong Haji Taib 4, Jalan Raja Laut, Dang Wangi di sini, pada pukul 5.30 petang, 22 Mei 2009.

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hakcipta 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 41(1)(i) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih RM20,000 bagi setiap salinan cetak rompak atau boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Harjinder Singh Sandhu yang mewakili syarikat itu memohon hukuman ringan dikenakan terhadap anak guamnya kerana ini merupakan kesalahan pertama dan tidak mengakibatkan kecederaan pada mana-mana pihak, memandangkan kes itu melibatkan harta intelek.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Hamzah, bagaimanapun, memohon hukuman setimpal kerana kes ini melibatkan kepentingan awam dan harta intelek.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hasbi sempat menasihati Yap agar lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi mengelakkan perkara sama berulang.

"Jangan mengambil kesempatan kerana kes harta intelek melibatkan kepentingan awam dan negara," katanya. 

Syarikat itu membayar denda berkenaan.



Nak tahu gak ni , kalau lah kita ambil gambar upin ipin buat header blog or gambar kad raya , kita boleh didenda jugak je?  huhu

2 comments:

k.n.e.z said...

tp mcm byk je yg buat cmtu skrg..
:)
x kena plak..huhu

Syazwan Halim said...

alahai..dorang siap bukak butik baju upin ipin,kalo cina copy baju tu,rugi la dorang..
bukan senang nak bg glemer upin ipin tu..
kalo dkat e-kad ke ape ke yg sgala2nya pasal Elektronic.boleh diterima..jgn print atas baju sudah..