Singapura Kembali Sertai Piala Malaysia



Selepas 17 tahun Singapura memutuskan untuk kembali menyertai Piala Malaysia, langkah yang dilihat akan merancakkan lagi kejohanan itu mulai tahun depan. Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menandatangani memorandum persefahaman di Kuala Lumpur hari ini, mengumumkan kerjasama dalam bidang sukan itu.

Dengan langkah itu pasukan Singapura akan menyertai kejohanan Liga Super Malaysia dan Piala FA mulai tahun depan.
Setelah lebih 70 tahun mencipta kejayaan dalam Piala Malaysia, Singapura memutuskan untuk tidak lagi menyertai kejohanan Piala Malaysia bermula 1995.Keputusan dibuat ekoran beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara FAS dan FAM. Singapura memenangi Piala Malaysia terakhir bagi mereka pada 1994.


Berdasarkan memorandum yang ditandatangani hari ini, laporan akhbar Straits Times menyebut, pasukan negara jiran selatan itu akan terdiri daripada pemain-pemain bawah umur 23 tahun dan hanya lima pemain berusia 23 tahun ke atas.
Ia juga akan terdiri pemain-pemain luar negara berdasarkan kuota dibenarkan oleh peraturan pertandingan. Dengan keputusan republik itu, pasukan Harimau Malaya akan yang terdiri daripada pemain-pemain bawah 23 tahun akan mengambil bahagian dalam Liga-S.


Malah di bawah perjanjian empat tahun itu, dua inisiatif turut digerakkan termasuk menambah perlawanan persahabatan antara pasukan nasional kedua-dua negara, selain mewujudkan kejohanan tahunan baru yang akan memperlihatkan pemenang kedua-dua liga bertarung dalam pertemuan dua pusingan.

No comments: