Seorang Ayah Melambai Anaknya Ke Sekolah Dalam 170 Jenis Pakaian

Rain Price yang kini berusia 16 tahun terpaksa menanggung malu apabila ayahnya sering memakai pakaian pelik-pelik semasa melambai kepadanya ketika dia menaiki bas ke sekolah. Ayahnya akan memakai pakaian yang berbeza setiap hari semasa hari persekolahannya.

Antara pakaian-pakaian yang pernah dipakai adalah seperti pakaian pengantin, baju Wonder Woman, uniform Star Trek malahan duduk di atas toilet sambil melambai kepadanya. Berbeza dengan Rain yang berasa malu, rakan-rakannya pula berminat untuk melihat apa yang akan dipakai oleh ayahnya pada keesokkan harinya.

Kata ayahnya Dale Price, ia adalah salah satu untuk menunjukkan rasa sayang kepada anaknya. Dale Prince memakai pakaian dalam simpanannya dari parti-parti lepas atau meminjam dari kawan-kawannya. Dia ada membina sebuah blog khas untuk memaparkan pakaian-pakaian yang dipakainya dalam blog bertajuk -> Wave The Bus, pegi blog tu kalau nak tengok baju-baju lain. He3, pelik2 la kisah ni.








sumber