Rakam Gambar Bogel Di Tengah New York




Seorang jurugambar, biasanya dikatakan harus mendedahkan (menunjukkan) seluruh jiwa dan raganya melalui gambar-gambar yang mereka ambil.

Berlainan pula dengan seorang jurugambar dari Paris, Erica Simone, dia telah melalui satu lagi tahap sehingga mendedahkan jasadnya sendiri semata-mata untuk memperolehi kepuasan di dalam fotografi. Dia mengambil gambarnya sendiri dalam keadaan bogel di sekitar jalan-jalan yang terdapat di tengah-tengah bandar New York.

Gadis berusia 25 tahun itu telah mengubah beberapa hari di dalam rutin hariannya di bandar kepada tugas seni dengan hanya menanggalkan pakaiannya. Ini bermakna, dia melakukan segala rutin hariannya seperti hari-hari biasa, bezanya, tanpa mengenakan pakaian di badannya.




Pada mulanya dia agak keberatan untuk melakukan kerja gila itu kerana dia tidak suka menunjuk-nunjuk. "Saya telah berjaya melakukannya pada hari pertama tanpa ditangkap" katanya bangga.

"Saya rasa ia adalah hasil kombinasi masa yang tepat dan tuah, tapi saya tidaklah terus berbogel sepanjang masa. Saya berpakaian penuh sehinggalah saya sedia untuk mengambil gambar" tambahnya lagi.

"Ini tiada kaitan dengan seks, sungguh gila kerana kita ada undang-undang menghalang orang berbogel. Saya rasa lebih bebas dan selesa dengan berbogel, saya juga tidak malu terhadap kulit dan badan saya sendiri" ulasnya meluahkan perasaan.

Di dalam gambar-gambar yang diambil olehnya, memaparkan dirinya dalam keadaan bogel mencari buku-buku di perpustakaan, duduk di dalam bas, serta berjalan bebas di atas salji putih di luar apartmennya semuanya di dalam keadaan berbogel.



sumber

4 comments:

Fay said...

eh2..org mcm ni pun ade ke?hehe

belogkiter said...

mesti lelaki terjojol biji mata

mary ann ;) said...

untung le laki2 yg ada kat situ...pree2 jekk leh cuci mata..hahaha

grOundnUt said...

Perggghhh...^^'