Asal-Usul Nama Syarikat Terkenal





Google – asalnya dari perkataan googol yang menyampaikan misi syarikat untuk menjadi sumber penyampai maklumat terulung di internet,tapi telah disalah eja jadilah google. Nasib baik salah eja kalau tak cam pelik je nama googol tu.


Adidas – diambil daripada nama founder mereka Adolf (Adi) Dassler.


McDonald’s – diambil daripada nama keluarga Dick McDonald dan Mac McDonald yang merupakan orang pertama yang membuka restoran McDonald’s pada tahun 1940


Nike – diambil sempena nama Dewi Kejayaan Greek


Nintendo – maksud Nin-Ten ialah “Heaven blesses hard work”


Starbucks – diambil daripada nama watak Starbuck dalam novel Moby-Dick


BMW – diambil daripada perkataan Bayerische Motoren Werke (Bavarian Motor Factories


Yahoo! – diambil daripada Yet Another Hierarchical Officious Oracle. Yahoo pada mulanya digunakan dalam buku Gulliver’s Travel yang menggambarkan seorang yang tidak kelihatan dan berpewatakan seperti manusia lain. Pengasas yahoo David Filo dan Jerry yang pilih nama tu sebab mereka menganggap mereka adalah golongan yahoo


Xerox – berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kering


HP – pengasas syarikat ini Bill Hewlett dan Dave Packard main lambung syiling nak tentukan sama ada syarikat baru mereka bernama Hewlett-Packard atau Packard-Hewlet.