Sumpahan Mumia

Bila kita memperkatakan tentang mumia ini,kita tidak boleh lari daripada membincangkan isu tentang sumpahan mumia.Maksudnya sesiapa yang mendekati mumia ini,dia akan terkena sumpahan tertentu.Kononnya sumpahan ini bermula sejak penemuan makam Raja Tut.


Mengikut lagenda,sesiapa yang berani membuka makam tersebut akan menderita sumpahan mumia tersebut.Oleh kerana kebanyakkan mumia tersebut dikaitkan dengan kuasa magik dan sihir,sesetengah daripada mumia yang dijumpai disimpan di dalam sejenis serbuk halus dan ianya dijual sebagai bedak mistik mumia.Dipercayai bedak tersebut boleh menyembuhkan pelbagai penyakit,namun,apabila makam Raja Tut dijumpai,barulah persepsi tersebut berubah.

Lord Carnarvon

Lord Carnarvon,orang yang menjumpai makam Raja Tut ini mati sejurus selepas penemuan makam tersebut.Perjalanan kematian nya bermula pada tahun 1923 akibat digigit nyamuk.Semasa sedang bercukur,dia dengan sengaja menggaru tempat gigitan itu dan menyebabkan ianya semakin teruk.Dia kemudian nya mendapati dirinya sakit akibat demam dan suhu badannya mendadak tinggi.Doktor yang dihantar untuk memeriksa tiba terlalu lewat dan ketika sampai,Lord Carnarvon telah pun meninggal dunia.Dan pada yang sama kematian nya,lampu lampu di Kaherah tetiba terpadam dengan sendirinya.

Sejurus kematian nya,pihak media mula menyebarkan cerita cerita berkaitan kematiannya.Kononnya Raja Tut mahukan pembalasan dan berikrar agar sesiapa yang membuka makamnya akan terkena balasannya.Cerita ini tidak berhenti di sini sahaja.

Howard Carter

Salah satu nya ialah burung Kenari perliharaan Howard Carter iaitu salah seorang penjelajah yang menemui makam Raja Tut telah terbunuh akibat dipatuk ular tedung.Cerita kedua ialah anjing Lord Carnarvon dijumpai mati pada jam 2 pagi pada hari yang sama kematian Lord Carnarvon.

Mengikut penemuan penemuan baru,apa yang ditemui sebenarnya ialah bakteria yang terdapat pada dinding dinding makam ini lah yang berkemungkinan apa yang dahulunya mereka panggil sebagai sumpahan.Bakteria bakteria inilah yang menyebarkan spora ke udara menyebabkan ianya masuk ke dalam ruang pernafasan.Keadaan ini lah yang menjadikan mana mana individu yang terdedah di tempat tersebut akan jatuh sakit.Mungkin situasi inilah yang dihadapi oleh Lord Carnorvon paada masa itu,tambahan pula keadaan kesihatannya yang memang sudah tidak baik namun tidak dapat dipastikan.

Walau apapun tanggapan orang ramai terhadap sumpahan mumia ini,ia akan terus kekal menjadi satu misteri.Dan misteri inilah yang menjadikan semakin ramai orang berminat kepada mumia dan ingin mengetahui rahsia disebaliknya.


sumber

No comments: