Pripyat - Bandar Yang Mati Akibat Letupan Reaktor Nuklear

Pripyat, Ukraine. Keinginan utk mengetahui lebih mendalam tentang sejarah dunia berkaitan letupan reaktor nuklear di Chernobyl pada tahun 1986 menarik hati aku untuk mengkaji sedikit sebanyak tentang bandar Pripyat, Ukraine.



Bandar ini adalah sebuah bandar yang telah ditinggalkan dan dikosongkan. Semuanya gara-gara insiden kemalangan yang berlaku di Pusat Janaan Kuasa Nuklear Chernobyl pada April 1986. Seluruh alam sekitar telah tercemar dengan kesan radioaktif dan pada manusia pula walaupun sudah beberapa generasi namun kesannya masih lagi tidak hilang sepenuhnya. pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan pengosongan bandar Pripyat ini dalam masa satu hari selepas kejadian itu berlaku. Disebabkan pencemaran itu masih ada maka sehingga ke hari ini Bandar itu ditinggalkan tanpa berpenghuni. Seolah-olah seperti bandar berhantu, binaan yang banyak tapi tidak berpenghuni.


Ukrain bercadang untuk menjadikan lokasi bencana nuklear terburuk di dunia sebagai kawasan pelancongan kepada umum tahun depan. Zon yang dikurung sekitar Chernobyl akan dibuka dalam radius 30 batu untuk membolehkan pelancong melihat sendiri kawasan yang telah musnah akibat letupan nuklear dari kilang nuklear di Chernobyl. Selain bandar Chernobyl bakal dijadikan tempat pelancongan utama, kawasan bandar Pripyat juga bakal menerima pelancong walaupun bandar itu kini telah ditinggalkan akibat bencana yang berlaku.




Sepanjang pelancong melawat kawasan sekitar, pelancong diminta untuk bergerak dalam kumpulan demi menjaga keselamatan pelancong. Wujud syarikat yang ingin menjalankan perkhidmatan melancong ke daerang larangan,namun demikian kerajaan Russia tidak membenarkannya kerana itu kawasan haram dan melawat ke kawasan tersebut tidak dapat menjamin keselamatan pelancong. Rancangan pelancongan ke kawasan ini disokong oleh pegawai PBB kerana pelancongan ke Chernobyl boleh membantu pengajaran penting dalam keselamatan nuklear.




Penduduk diarahkan untuk mengosongkan rumah dan tidak perlu membawa apa-apa kerana mereka diberitahu tempoh darurat hanya sementara. sebaliknya, sehingga kini, setelah berpuluh tahun, kota tersebut masih menjadi kota mati. 



15 comments:

rara pinkmafia said...

ish dashat tol penangan nuklear ni kan...

cikmima said...

ish tkut nye bile baca mcm nie.. tp kalau buat perlancongan...bkn ke bahaya?

ASaDa RyutaRo said...

perghh.. macam menarik giler tempat ni. untuk buat lakonan citer zombie mmg cun betul lah.

entah cmna la orang yang tinggal kat situ dlu, masih hidup ke tidak..

akmalhilmi said...

perghhh
terok gileeee

Haz said...

tu dia,smpi kosong hbis bndar penangan nuklear..

SyazwanSarawak said...

boikot LYNAS!
potential accident boleh membawa kesan lagi teruk dari bandar Pripyat

Syukri Mohtar said...

uish..tak pernah tau pun..sampai 1 bandar kne tinggalkn..

Tengku Nizam said...

@rara pinkmafia mmg trok , jepun pun kna aritu .

Tengku Nizam said...

@ASaDa RyutaRo zombie kg pisang wat blakon kat sini kot , hahaha , tipu je . :p

Tengku Nizam said...

@akmalhilmi kosong , xde sape leh dok sane , leh mati sesak nafas , huhu

Tengku Nizam said...

@Haz huhu

Tengku Nizam said...

@Syukri Mohtar sebenarnye ade lg bandar yg dikosongkan sbb neuklear, cuba tgk entri2 lepas . huhu

r10 said...

kota mati karena penghuninya mengungsi dan tak kembali

Nzyrahun said...

aku baru tahu arini :O
and tak tahu pulak bandar ni wujud
fuuuuhhh

Mohd Khairi Khadzir said...

WOW MeNARIK! leh jana industri plancongan.. skrg ni ade lg x radiasi nuklear tu?klau ade lg mybe boleh bahayakan pelancong..