Nostalgia : Tragedi Double Six



Dalam tragedi yang berlaku pada pukul 3.50 petang, Jun 6, 1976, pesawat Nomad buatan Australia dan milik Sabah Air terjatuh ke dalam laut di pantai Sembulan, Kota Kinabalu, dan meragut nyawa Ketua Menteri Sabah yang pertama dan kelima, Allahyarham Tun Muhammad Fuad Donald Stephens.

Stephens, dari Papar dan Tambunan, yang juga dikenali sebagai Hoguan Siou (Pemimpin Agung) kaum Kadazan-Dusun, suku kaum bumiputera terbesar di Sabah (45 peratus penduduk Sabah), ialah seorang Bapa Kemerdekaan Sabah.

Allahyarham telah menjadi Ketua Menteri Sabah pertama dari tahun 1963 ke 1964 dan Yang Dipertua Negeri Sabah ketiga dari tahun 1973 ke 1975. Stephens ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dari kaum Kadazan-Dusun.

Allahyarham adalah ayahanda kepada bekas pengarang majalah Men’s Review Faridah Jean Stephens dan usahawan Asgaari James Stephens dan Affendi Richard Stephens (seorang pemilik syarikat Astro TV).

Allahyarham juga adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah keenam Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang kini bergelar Timbalan Ketua Menteri Sabah. Kitingan adalah pemegang gelaran Hoguan Siou selepas kematian Stephens.

Stephens adalah bekas pemilik bangunan terkenal di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, Wisma Cosway, yang asalnya digelar Wisma Stephens.

Allahyarham juga adalah wartawan pertama di Sabah dan pengasas surat khabar The Sabah Times (kini The New Sabah Times).

Stephens juga adalah kawan karib wartawan Korea-Amerika terkenal Jimmy Hahn, ayahanda kepada wartawan CNN Lorraine Hahn (yang berketurunan Korea, Cina dan Thai dari Pulau Pinang).

Turut terkorban dalam nahas ngeri itu ialah:

Menteri Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Peter Mojuntin iaitu ayahanda kepada Ahli Parlimen Penampang Datuk Donald Mojuntin [dari Penampang];

Menteri Perhubungan Dan Kerja Raya Sabah Datuk Chong Thian Vun [dari Sandakan];

Menteri Kewangan Sabah Datuk Salleh Sulong [dari Kota Belud];

Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri Darius Binion [dari Penampang];

Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Wahid Peter Andu [dari Penampang];

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Syed Hussein Wafa [Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Penampang];

Setiausaha Sulit bekas Presiden Petronas dan bekas Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan [dari Kota Baru, Kelantan];

Pengawal peribadi Stephens, Korporal Mohamad Said [dari Penampang];

Juruterbang pesawat Kapten Gandhi J. Nathan [dari Kuala Lumpur];

Anak angkat Stephens, Johari John Stephens.

Kitingan yang pada masa itu bertugas sebagai Pembantu Ketua Menteri hampir menaiki pesawat yang malang itu tetapi disuruh menukar pesawat oleh Stephens.

Tengku Razaleigh juga hampir menaiki pesawat itu tetapi telah dibawa ke dalam pesawat lain oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Harris Salleh, yang akhirnya menggantikan Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah kelima.

[Harris, ketua kaum Kedayan dari Labuan adalah “sifu” politik kepada Ketua Menteri Sabah ke-13 Datuk Seri Musa Aman Khan. Musa adalah saudara kepada isteri Harris Datin Seri Rubiah Khan yang berketurunan Kadazan-Dusun dan Kedayan dari Beaufort]

Pesawat yang hanya boleh memuatkan 6 orang anak kapal itu terhempas berdekatan dengan Kampung Air Sembulan yang berhampiran Masjid Negeri Sabah dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (2 km dari tempat nahas).

[Kampung Air Sembulan kini telah dibangunkan semula sebagai kawasan perumahan moden]

Pasukan penyelamat dari polis, tentera dan bomba, mendapati bahawa mayat kesemua mangsa telah hancur. Kecuali Mojuntin yang hanya cedera di belakang kepala.

Pesawat itu telah bertolak dari Lapangan Terbang Labuan pada pukul 3.30 petang menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Pemimpin-pemimpin negeri Sabah pada masa itu sedang menyambut Tengku Razaleigh yang melakukan lawatan rasmi ke Sabah. Lawatan itu bermula di Labuan.

Pada awal pagi sebelum kejadian, Stephens telah menyertai pertandingan berjalan kaki di Kota Kinabalu. Allahyarham kemudian menaiki pesawat ke Labuan pada jam 10 pagi.

Pada pukul 3.30 petang, dua pesawat Sabah Air bersedia membawa rombongan Stephens dan Razaleigh pulang ke Kota Kinabalu.

Razaleigh dan Kitingan dijadualkan menaiki pesawat yang sama dengan Stephens tetapi Stephens telah mengarahkan Kitingan bertukar tempat dengan Mojuntin yang dijadualkan mengiringi Harris dalam pesawat yang kedua.

Harris telah membawa Kitingan dan Razaleigh ke dalam pesawat yang kedua, dengan persetujuan Stephens.

Stephens telah dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah. Allahyarham menjadi Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama dikebumikan di masjid itu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Rahimah June Stephens dari Sandakan, dan 3 orang anak iaitu Affendi, Asgaari dan Faridah.

Kerajaan Malaysia telah menamakan beberapa jalan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, jalan pasar Kota Kinabalu, dan kompleks kerajaan di Karamunsing, Kota Kinabalu, sempena Allahyarham.

Kerajaan negeri Sabah pimpinan Harris telah mengarahkan pembinaan tugu peringatan Double Six di tempat nahas pada akhir tahun 1976.















Kemalangan Atau Konspirasi?

Secara ringkasnya, Double 6 Tragedy ini menjadi tragedi setelah berlakunya nahas kapal terbang pada 6.6.1976 yang melibatkan 6 orang pemimpin Sabah. Kapal terbang yang sepatutnya bertolak pada jam 6.00pm (tapi diawalkan penerbangan) dan banyak lagi yg dikaitkan dengan no. 6 dalam kejadian nahas ini.

Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri yang bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Come on la, tidakkah kamu rasa tragedi tersebut merupakan KONSPIRASI?

Hot stuff, huh? But i’ll make sure i will behave this time. Nanti ada pula pihak yang terasa dan sumbat aku dalam penjara. Kan? Kan? Kan? Bukannya mahu membongkar X-Files tapi ternyata perjuangan mereka yang terkorban ini ibarat sengaja dilupuskan dari minda kita. Tiada maklumat dari internet, tidak dimuatkan dalam buku sejarah, tidak dibukukan secara terperinci dan tiada pendedahan secara terbuka berkenaan nahas yang berlaku. Percayakah anda kalau aku katakan tugu peringatan DOUBLE 6 di Sembulan tidak disertakan dengan cerita nahas tersebut? Kononnya peringatan sejarah yang penting. Takkan nak buat cerita pasal nahas tu pun susah? Di mana hormatnya pemimpin Sabah sekarang kepada Bapa Kemerdekaan negeri ini? Atau mereka takut rahsia lama terbongkar kembali? Ehem. Ehem…

Aku masih belum lahir pada masa itu, tapi cerita berkenaan Double 6 masih segar di kalangan keluarga dan sahabat handai Tun (sedih pulak ungkit cerita lama ni…). Ada teori yang boleh kita search dari internet (mengikut cerita orang) kononnya pesawat tersebut kehabisan petrol dan terpaksa menjunam ke arah paya di Sembulan, ada juga yang menuding jari berpunca kelalaian juruterbang, manakala Abdullah yang menulis mengenai Tun Fuad: Kenangan Sepintas Lalu, menyebut bahawa juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan. Apa pula pendapat kamu semua? Tidakkah teori mereka itu SANGAT MERAGUKAN apabila kotak hitam tidak dijumpai??!!! Cuba fikir baik-baik. Siapa yang berkepentingan dalam hal ini?

Mengikut perkiraan aku pula, mungkin ada pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri untuk singkirkan Tun demi untuk mendapatkan kepentingan minyak dan sumber dari Sabah termasuk kayu balak yang banyak (tanyalah pada Ku Li bertapa kayanya Negeri Sabah ketika itu). Tidak mustahil jika ada pihak yang mahu singkirkan Tun dengan cara paling cepat dan hapuskan bukti begitu saja. Kalau boleh, dalam sejarahpun tidak dikenang. Sialan kan?

Persoalan saya masih belum terjawab. Kalau tragedi tersebut merupakan kemalangan, maka kotak hitam boleh menjadi bukti (malangnya kotak hitam tidak ditemui). Kalau ia merupakan konspirasi, siapakah dalang di sebaliknya? 


sumber

6 comments:

MyraAyreen ^^ said...

konspirasi tu sume . hehehe

MaiRa QuEeN said...

conpius sudaa..hahahha

maisarah_j said...

KONSPIRASI:
http://andimjie.blogspot.com/2009/02/kemalangan-atau-dirancang.html

Syed Abdullah yang menulis mengenai Tun Fuad: Kenangan Sepintas Lalu, menyebut bahawa juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.

Paul Raffaelle pula berpendapat ia berlaku disebabkan kesilapan juruterbang gagal mengendalikan pesawat dengan baik, terutama ketika hendak mendarat. Pengendalian pesawat yang kurang cekap menyebabkan salah satu kipas gagal berfungsi menyebabkan pesawat terus menjunam ke bawah.

Paul Hughes, iaitu jurutera pesawat yang didatangkan khas dari Melbourne, Australia berusaha mengumpulkan maklumat untuk mendapatkan punca nahas. Berdasarkan hasil siasatan, mereka menafikan bahawa ia disebabkan kerosakan pesawat ketika penerbangan

jupilin said...

"Double Six" peristiwa yang sentiasa segar dalam ingatan penduduk kampung sembulan lama, tengah dan baru (sempelang)khususnya yang hidup dan menetap di kampung tersebut sekitar tahun 1976 bulan Jun. Saya sendiri ketika itu berumur 7 tahun dan bersekolah di SRK Sembulan. Sebelum kapal terbang jatuh...saya sedang makan depan pintu rumah dan melihat kipas kapal terbang tiba-tiba berhenti...

D bawah Bayu said...

salam saya ada lah anak buah datuk salleh sulong ( bekas menteri kewangan pertama ) saja nak bagi tau dia bukan kota belud tapi asal papar . pada masa perkara ini terjadi saya berumur 3 tahun dan berada dgn mak saya di lahad datu. saya pernah dgr ramai org kata apa yg terjadi adalah konpirasi.. entah d mana btulnya. saya masih ingat biar pun setelah berapa tahun berlalu arwah nenek saya ( datin hjh fatimah hj rahim ) ibu kepada arwah datuk salleh ( adalah anak sulung ) selalu sedih apa bila melihat gambar anak anaknya.

Anonymous said...

Pesawat GAF N22B Nomad tidak dilengkapi dengan black box.kapasiti Dan kegunaan pesawat tidak memerlukannya untuk dilengkapi dengan black box.