Nostalgia : Mona Fandey

Pembunuhan yang dilakukan Mohd Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey serta pembantu mereka, Juraimi Husin, dianggap antara jenayah paling kejam di Malaysia.


Walaupun mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2001 kerana membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 1993, setiap kali jenayah pembunuhan kejam berlaku, nama mereka akan dikaitkan sebagai ala Mona Fandey?

Ini kerana dalam kes Mona, mayat mangsa dikerat 18 bahagian dan ditemui tertanam dengan simen dalam sebuah stor di belakang rumah didiami pasangan bomoh itu di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub, Pahang.

Antara yang tidak dapat dilupakan ialah ketika membela dirinya di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994, Juraimi berkata: Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak tiga kali, baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi. Menurut laporan, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulit serta daging Mazlan selepas mendapat arahan lanjut daripada Mohd Affandi.

Tulang dan daging itu saya masukkan ke dalam besen dan mencurahkannya ke lubang stor rumah yang digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya. Saya kemudian menyimen lubang itu keesokan harinya (3 Julai 1993) kata Juraimi.

Berikut adalah kronologi kes pembunuhan itu.

Juraimi adalah tertuduh pertama kes itu, manakala Mona tertuduh ketiga dan Mohd Affandi tertuduh kedua. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh Mazlan.

Mereka didapati bersalah pada 9 Februari 1995 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pembunuhan dipercayai bermotif wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 daripada beberapa bank dengan alasan boleh menggandakan jumlah itu selepas Mazlan mandi bunga?

Wang itu kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz 280 dengan harga RM125,000 dan telefon bimbit RM10,500 secara tunai. Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah hampir RM40,000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20,000).

Mona turut menjalani pembedahan plastik dengan kos lebih RM13,000 pada 15 Julai 1993.

13 Julai 1993: Juraimi ditahan di Balai Polis Dong selepas disyaki menagih dadah dan kemudian ditahan di Balai Polis Raub.

18 Julai 1993: Selepas dua minggu Mazlan gagal dikesan, Umno Bahagian Raub membuat laporan polis di Balai Polis Raub mengenai kehilangannya.

19 Julai 1993: Polis memulakan siasatan kehilangan Mazlan. Juraimi dibawa polis ke rumah di Ulu Dong dan polis menemui pita video, album gambar, keratan akhbar dan sijil saham milik Mazlan.

20 Julai 1993: Kira-kira jam 11.45 malam, Mohd Affandi dan Mona ditahan di sebuah rumah Jalan 2/27C Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

21 Julai 1993: Mohd Affandi dibawa ke Balai Polis Raub.

23 Julai 1993: Mayat Mazlan dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub Pahang. Mayatnya yang dipotong 18 bahagian tertanam di bilik stor.

1 Ogos 1993: Rangka tiga beranak ditemui di dua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat dan ditanam hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.

10 Ogos 1993: Polis mendapat perintah reman terhadap Mohd Affandi, Mona dan Juraimi hingga 16 Ogos bagi membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan seorang wanita, Fatimah Mohamad, 32.

15 Ogos 1993: Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan bekas rumah yang pernah didiami pasangan bomoh Mohd Affandi dan Mona di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Klang.

17 Ogos 1993: Polis dapat perintah mahkamah supaya pasangan bomoh itu dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu dan Kajang.

26 Oktober 1993: Siasatan awal kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Majistret Raub.

18 Disember 1993: Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk perbicaraan atas tuduhan membunuh.

3 September 1994: Mohd Affandi dan Mona dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh atas tuduhan membunuh Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris.

12 September 1994: Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi Temerloh. Juraimi, Mohd Affandi dan Mona mengaku tidak bersalah atas tuduhan niat bersama membunuh Mazlan.

9 Februari 1995: Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh Mazlan.

10 Februari 1995: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi yang didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan, dihantar ke Penjara Kajang.

Antara 16 Februari 1995 hinga 20 Oktober 1997: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah Rayuan.

24 Oktober 1997: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menolak rayuan mereka.

2 November 2001: 5.59 pagi, Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang.

Dibawah ini video dokumentari tentang Mona Fandey


13 comments:

Aifa Afiqah Sulaiman said...

menakotkan lah mona fendy nie....huhu..... ada mental illness la diorng ni....sesedap rasa je nak potong orang~

MyraAyreen ^^ said...

antara kes Susilawati dan kes Mona fendy ni ?
mane lebih kejam ?

Tengku Nizam said...

dua2 , kejam . hehehe

Abang Zam said...

terbaek bro!

Rozuan Ismail said...

kejam gila mona fandey nih.takut aku.nasib baik dah kena hukum gantung

cik najihah said...

seram plak bile bace huhu

suraya said...

sy pn dh jumpa personally mona fandey & laki dia masa tahun 1991....mmg pelik diaorang ni

[ GhAdEyS iNsHaF ].BLOGspot said...

sbnanye keliru la..dgr2 kes ni dr dulu..org lain yang bunuh..tp name mona fandey yg disebut2?

Nur Athirah / Tyra said...

Sungguh seram !!
kejamnya..
1 Ogos 1993: Rangka tiga beranak ditemui di dua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat dan ditanam hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.

Rangka siapa tiga beranak tu??
Apa motifnya???

Nur Athirah / Tyra said...

Sunnguh seram !!
1 Ogos 1993: Rangka tiga beranak ditemui di dua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat dan ditanam hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.

Rangka siapa??
Apa motifnya????

Anonymous said...

Kejam nyer. Waktu tu I baru je darjah 4. Tapi I tahu kisah kejam ni from family I

Anonymous said...

Takut ler agkara ilmu hitam ni.

Anonymous said...

I pun confuse jugak, pahal org lain bunuh, nama mona fendi jugak yg d sebut. Parents I cakap mona fendi tu yang guide mereka bunuh datuk M. Seram lah I
puteri santubong. 84