Nostalgia : Tugu Negara Pernah Di Bom


Lima patung-patung gangsa itu setiap satunya tingginya 15 meter. Setiap satu berdiri di atas tubuh musuh-mush yang mati digambarkan sebagai askar-askar Jepun dan pengganas komunis ( 1941-1945), dan di zaman daurat (1948-1961), di mana pengganas komunis (Bintang Tiga) mengganas secara gerila dengan menyerang dan memusnahkan kepentingan-kepentingan British di Tanah Melayu.


Mengikut Sejarah, Tunku Abd.Rahman telah mendapat ilham untuk membina Tugu Negara ini semasa mengadakan Lawatan Rasmi Ke Amerika Syarikat pada tahun 1961. Dalam lawatan tersebut, Tunku Abd.Rahman telah berpeluang dan diberi penghormatan oleh pihak pentadbiran Amerika Syarikat, untuk meletakkan kalungan bunga di Tugu Kebanggaan Negara Amerika Syarikat, iaitu Tugu Pahlawan Iwojima.

Sir Filex De Weldon: Pencipta Tugu Negara

Apabila Tunku Abd.Rahman, pulang ke tanah air, beliau telah mengarahkan pelan untuk membina Tugu Negara yang serupa dengan menyesuaikan bentuk pasukan bercirikan Pasukan Askar Melayu.

Tugu Negara Dibom pada 26hb Ogos 1975
Sebuah kawasan di Jalan Parlimen, yang tidak jauh dari kediaman rasmi Tunku telah dipilih untuk membina tugu gangsa ini.


Menjelang tahun 1963, peruntukan sebanyak RM 1.3 juta ringgit telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai dalam bentuk derma dan selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Seorang pengukir bangsa Itali telah dihubungi, yang bernama Filex De Weldon, telah dipilih untuk menjalankan kerja-kerja mengukir patung-patung gangsa ini.


Filex De Weldon, mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan empat patung manusia berdiri, dan beberapa patung yang menyerupai patung yang terlentang dan tertirap. Tugu Negara disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan Darurat (1948-1960).


Tugu Negara ini telah dibom pada 26hb Ogos 1975, pada jam 5.00 pagi memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).


Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.Ia kini telah dipulihkan pada keadaan asal.

Polis melancarkan gerakan besar-besaran mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua kebanyakan penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan.


Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos.

Walaupun tidak dapat disahkan motosikal itu digunakan pengganas, jenisnya dikatakan menyamai laporan awal kenderaan yang digunakan dua pengganas untuk melarikan diri ketika terserempak dengan polis.

Tapi tiada maklumat sama ada komunis-komunis itu dapat ditangkap."
 
 

3 comments:

dila bahar said...

wah... best la blog ni... info yg bagus.. tQ kongsi info.

Tengku Nizam said...

@dila bahar huhu , welcome , just berkongsi je , huhu

KNK Food Station said...

As salam!
Tugu Negara punyai kenangan manis disana. Semasa kecil(umur 5thn, 1974) bapaku ada membawa melawat sambil bermalam di podok pengawal. Ini disebabkan bapaku bertugas sebagai pengawal keslamatan waktu tu.
Tentang peristiwa pengeboman bapaku ada bercerita, dimana beliaulah yang bertugas pd waktu tu.Bapaku kerapkali disiasat akibat dari trajedi tersebut. Alhamdulillah tiada bencana buruk terjadi pd bapaku kerana ini semua dari angkara peganas komunis.
Sekian.TQ