Perhatian Untuk Blogger - Blog Yang Tidak Gunakan Akaun GMAIL Akan Dipadam !

Info penting untuk semua yang menggunakan akaun selain dari GMAIL untuk LOG-IN Blog. 

Blogger.com merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google. Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma tersebut, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun 2011 nanti. Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun lama tersebut.

 Sebenarnya ramai antara kita yang gunakan akaun Yahoo untuk log in blog , tapi sekarang korang dah wajib kena tukar akaun korang ke gmail cara2nya ..


1. Create akaun gmail

Mula-mula, create akaun gmail dulu. Kalau dah ada, ikuti langkah seterusnya.

2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings > Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.

3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan. Ada notis "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here". Jangan takut, klik saja ‘here‘ dan kita akan dibawa memasuki dashboard blog tersebut.

4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula ( yahoo )

5. Pergi kat Settings > Permissions >ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.

6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.

Kalau ada 3-4 blog lain, ulanglah langkah di atas sehingga kesemua blog berkumpul di bawah satu username sahaja.

credit : kujie.com

Tolong bagitau member2 blogger yang lain dan korang kena bertindak cepat sebelum terlupa nanti , nanti korang jugak yang meyesal akaun kena padam .huhu


Sila rujuk artikel ini... http://buzz.blogger.com/2011/04/important-note-about-legacy-accounts.html ...dalam artikel tersebut Google telah mengatakan bahawa mereka tidak akan support sebarang Akaun Blogger baru yang tidak menggunakan Google Account selepas 25 Jun 2011... Dan bagi pengguna yang menggunakan akaun selain Google tetapi tidak aktif selepas 2007, maka blog mereka akan dipadamkan...

11 comments:

Cik Tetra said...

salam..nak tanya boleh tak,,sy da buat lgkh2 yg awk bg tu,,then kenapa xley jgk..i mean yg lgkah no 5 tu xde pon,,thanks!!

Tengku Nizam said...

@Cik Tetra langkah 5 tu ade je n kena buat , tu dalam setting login guna email lama .. dalam tu ade setting ni , dalam email baru takde .. tq

eton said...

maksudnya kalau dah ade akaun google leh la yea?

Cik Tetra said...

ok thanks!! sy da ley tukar da..!! :)) btw thanks 4 the info...mintak izin share info ni ye,,credit to you!! :)

cinda said...

salam tengku!! heheh gegar dr blog abg ben...jom jengah n folow me back

shezwan said...

ano.. step yang kelima tak dapat buat lor.. dah ikot pkai email lama.. still tak jumpa "grant admin privileges." anyway thanks ^_^

Tuan Muda Naim II said...

bleh bg link sumber x...sbb ramai member dashboard dorang dah hilang lepas tukar ymail ke gmail

Tengku Nizam said...

@Tuan Muda Naim IIhttp://buzz.blogger.com/2011/04/important-note-about-legacy-accounts.html sumber

Tengku Nizam said...

@shezwan yg tu ko kna cari dalam setting-permissions-grant admin privilegesada je .. da bukak email baru ke dulu? dalam inbox ade msg .

Double N said...

terima kasih buat entry ni..
tapi ada salah paham disini.. baca sini untuk info yang sahih dan benar.. terima kasih

Manipulasi fakta–Akaun blogger akan didelete sekiranya tidak menggunakan akaun gmail…
DUnia blogging jadi kelakar..hahaha..tak habis gelak lagi ni..

nescafe_ais said...

fuhh...mujur dah buat akaun g-mail...

30 Perkara Yang Anda Harapkan Dari Sebuah Blog