Nak Tengok Maharaja Lawak Tanpa Kena Bayar ?

Aku pasti ramai peminat Maharaja Lawak di luar sana kecewa apabila Maharaja Lawak minggu ke-3 (minggu lepas) hanya akan ditayangkan di ASTRO Mustika sahaja terutama pelanggan ASTRO yang tidak melanggan pakej Mustika.

Tak apa. Jangan risau. aku ada menerima emel yang memberitahu teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma. Ya. Percuma.

Mari kita ikuti tips daripada emel tersebut :-

HANYA IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SEPERTIMANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN SABAR..KERANA IANYA MENGAMBIL SEDIKIT MASA..AL-MAKLUMLAH...BENDA FREE...JIKA KENA LAH SABAR...MARI KITA MULAKAN...STEP BY STEP..OKEY..

Cara ni aku dapat dari cousin aku yg keje di Astro. Aku xmo cakap department mana takut die terkantoi.

hari tue aku call dia (maklumlah dia duk KL..) tanya dia tgok MAHARAJA LAWAK ke tak, dia ckp dia tngok... sembang punya sembang, ntah mcmane die pecah lobang bgtau aku mcmane nak access saluran dalam pakej MUSTIKA nie tanpa perlu melanggan.

Aku mula tak percaya gak. Tapi balik rumah aku test sendiri MEMANG BETUL JADIK!
(cmfirm jadi punyaaaaaaaa)

Korang cuba try test. Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja.

HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara.

1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.

2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.

3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.

4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.

5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)

6. Tekan OK untuk pengesahan.

7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.

8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK.

9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK.

Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK.

10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)

11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.

12. Langkah terakhir, tekan 130

13. Saksikan pratonton Mustika.

14. Untuk melanggan:

i - Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
ii - SMS Mustika< ruang >< ICNo > ke 32888; ATAU
iii - Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.

15. Dgn muke bengang korang tgk jela pakej2 yg korang langgan.

Hahahhahaha...mana ada benda free kat kat ASTRO ni...semua nak kena bayor... kalo nak tngok MAHARAJA LAWAK... langgan je lahhh... aku pun langgan juga... hik2....

6 comments:

NARDtheNERD said...

ape kau susah susah..
kat youtube sejam pas live dah ade dahh..
hehehe.

Tengku Nizam said...

@NARDtheNERD kena bayar tenet gak , hahaha

cira nd said...

menyesal baca..haihhhh haha... :p

AYuNG said...

hahaha...punya la beriya duk salin nih, last2 kena tipu...

ohhh tidakkk!

p/s: minta izin nak copy buleh x? :)

Tengku Nizam said...

@AYuNGsila2 HUHU

Choco0late's said...

="=
kreatip pny n3...
semua org rase nk bce...
ngee~