7 Tips Membeli Laptop



1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.



2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.



3. Warranty – Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.



4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.



5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.



6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.



7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.

20 comments:

Manja (let it be my sweet name) said...

laptop compaq, manja x surekan kepada sesiapa yang nak membeli, sebab sudah 4 org kawan manja kalu lepas format laptop, laptop tu byk masalah, maybbe laptop compaq x sesuai di format kut. sape ade pendapat alin yang boleh menjelaskan isu ini :)

Tengku Nizam said...

@Manja (let it be my sweet name)mungkin ada effect bila format , same cam laptop lama saya , compaq , makin format, makin berat bila nak on .. haha .. ram kecik sgt kot . maybe...

NuRuL MoHaMaD said...

jenama laptop apa yang ok ye?
pena dengar yang acer tak ok. . .
betul ke?

Tengku Nizam said...

@NuRuL MoHaMaD acer yang baru2 ni da ok dah, kna nak yg ok , sony laa, xpun dell .. huhuu

::Budak Degil:: said...

mekasih atas tips bguna ni... :)

Tengku Nizam said...

@::Budak Degil:: welcome :)

NuRuL MoHaMaD said...

oww. . .
member guna acer beli thn 2009,skrin dia xok dh..
1 family sy guna toshiba..
tringin nk beli vaio tp mhl sgt..
huhu. . .
anyway, good info..

:))

Lynn Alonso Sky said...

Klau laptop asus ok x????sbb laptop sy yg skrg ni(compaq)byk problem slpas d'format....huhuhu

shezwan said...

model terbaru dan gempak sekarang ni.. ASUS.. hehe

ika said...

saya guna acer dari taon 2008 lg, setakat ni ok je, takde masalah cuma taon lepas g format windows 7 sebab mase beli tu diorang letak vista je.

Tengku Nizam said...

@NuRuL MoHaMaD acer bukan semua tak elok , model baru2 ni semua da tak de prob rasenya .. laptop pun bukan leh pkai ganas2 , huhu

shark said...

laptop kalu mahal mmg xdek prob..
kalu bli murah mmg ada je rosak..
pastu g repair mkan duit..
sama je kos kalu bli laptop yg mahal

THE LEKAT LEKIT STORY said...

umah sy cuma ada 1 pc.. sy selalu guna (memang hakmilik sy pun) 1 laptop (hubby punya) cukup la tu.. kalau nak travel hubby punya laptop ada blh bawak. apapun tips yg berguna. thanks

Balqees Amanda said...

sy pakai acer je..alhamdulillah ok takde masalah smpai skrg..kdg2 sy tgok x kira jenis ape pon dia ikut juga kalau jenis yg moderate model mmg cukup2 waranty je dia mula buat hal..sy punya ni special edition sikit skrg dh takde jenis ni sebab tu kot thn lama sikit la wlaupon guna gila maksimum skrg..projek byak pastu boring2 main game..nonstop on.

Tengku Nizam said...

@shark alang2 baek beli yg mahal skit kan , baru puas hati .. dalam 2000-3000 tu kira da ok da tu .. huhu

Tengku Nizam said...

@THE LEKAT LEKIT STORY tu yang seeloknya , 1 pc kat rumah , 1 laptop .. senang nak bawak g mana2 . trima kasih sebab komen , huhu

Tengku Nizam said...

@Balqees Amanda sy pun guna acer gak , stakat ni xde prob lagi , baru pkai 4 bulan , tp jenis ni bagus gak , huhu

Farah Shamsudin said...

bagi saya compaq memang banyak prob.. adik saya guna.. slalu bermasalah..

saya pulak skang ada notebook Samsung & Mac Book Pro.. Keduanya pun ok.. alhamdulillah.. harapnya berterusan la eloknya tu.

Bella_HoneyBee said...

skg pakai acer...skrin die gler, ade line2 atau pun grisan kejadah kat skrin ni(garisan graviti kot), runsing fikir...

Bella_HoneyBee said...

skg pakai acer...skrin nye giler, ade line2 atau pn grisan kat skrin bwh ni brgkli grisan graviti agk nye....runsing fikir =P