Teknik Tawar Menawar Sebelum Membeli Kereta

SEBELUM berunding membeli kenderaan terpakai anda perlu melengkapkan diri dengan teknik perundingan kerana ia bukan saja bakal menentukan harga kereta, malah mungkin turut keadaan kereta yang tidak kita ketahui sejarah penyelenggaraannya.

Lengkap diri anda dengan beberapa langkah berikut:


*Maklumat mengenai kenderaan.
Selidik harga kereta yang bakal dibeli walaupun kereta baru kerana ketika persaingan dalam pasaran automotif sekarang, pengedar member pelbagai insentif menarik seperti hadia sampingan, subsidi kadar faedah dan kadar tukar beli yang tinggi. Jika kereta terpakai, pengetahuan mengenai harga pasaran sesuatu model boleh mengelakkan anda daripada tertipu.

*Sesuaikan kereta yang bakal dibeli dengan kemampuan anda.
Jika tidak mempunyai wang tunai yang cukup, bertanya pada diri sendiri adakah mampu membayar ansuran bulanannya. Aspek lebih penting ialah memahami sepenuhnya proses ansuran (kredit), perjanjian dan dokumen penting lain.


*Jauhi dari tujuan yang tidak realistik.
Untuk memilih jenis kereta anda inginkan, utamakan pilihan yang sesuai dengan gaya hidup. Pilih kereta yang diperlukan. Ingat apabila memilih kereta yang mempunyai kelas eksklusif, biaya penyelenggeraannya memerlukan kos tinggi terutamanya daripada aspek bahan bakar.

*Jangan berfikir untuk jangka pendek sahaja.
Contohnya, anda memilih kereta jenis tertentu kerana harganya murah namun dalam jangka panjang ternyata ia memerlukan pembiayaan tinggi. Ia membuktikan pilihan anda kurang tepat.

*Jaga langkah pembukaan komunikasi anda.
Jika anda menyatakan terus harga dan kemampuan, ia member peluang penjual meletak harga sendiri dan akibatnya, anda kehilangan peluang tawar-menawar. Pembeli yang terlebih dahulu menyebut harga, biasanya bakal dimanipulasi peniaga.

*Jadilah pendengar yang baik.
Semakin banyak berbicara, semakin banyak maklumat hilang. Lebih baik anda bertanya mengenai kenderaan dan cara pembayaran, kemudian fahamkan jawapan diberikannya.

*Periksa dengan penjual yang lain.
Selepas berbincang anda harus berusaha mendapatkan maklumat lengkap mengenai kenderaan dan harganya. Untuk menguatkan pilihan periksa dan tanya kepada pengedar lain. Ia akan menghasilkan data yang kuat terhadap pilihan.


*Jangan terburu-buru.
Jadikan membeli kereta bagaikan satu hobi. Kunjungi beberapa penjual di beberapa kawasan sebelum mula berbincang. Cubalah uji pandu kenderaan dari pelbagai jenis. Ajak teman yang arif supaya dapat menilai kenderaan hendak dibeli.

*Kunjungi syarikat kenderaan terpakai apabila penjualnya tidak sibuk supaya dia dapat memberikan tumpuan kepada anda.
Tinggalkan syarikat berkenaan apabila anda tidak mencapai harga dikehendaki. Berikanlah nombor telefon kepada penjual itu jika dia mengubah pendirian menerima harga anda kehendaki.

*Berfikiran positif.
Ketika berbincang, jangan berfikir negative atau banyak berbohong.

*Lakukan perbincangan dengan mesra dan sabar.
Ketika memulakannya, jangan ceritakan jenis kereta diinginkan, katakan anda belum tahu sama ada hendak memilikinya dalam keadaan terdekat walaupun ia sudah menjadi agenda. Bukan berbohong, tetapi ia adalah satu teknik memulai perbincangan.


*Penutup yang baik.
Penutupan adalah bahagian akhir dari sesebuah perbincangan. Apabila sudah berkomunikasi dan berbincang anda sudah dapat menilai kereta yang bakal dibeli. Katakana kepada penjual anda akan memikirkan semula kereta berkenaan dan menghubunginya selepas membuat keputusan.

8 comments:

shida anwar said...

bagusnya tips..parent saya tengah cari van terpakai skang ni..ada sapa2 tau ada orang nak jual sujest kat saya ye..

Tengku Nizam said...

@shida anwar try cari kat mudah .my . ade rasenye. huhu

Dda Ly said...

gitu..siap ade tips ye? mekaseh sbb share..:)

jemput ke rumah ye?
http://laydie-dda.blogspot.com

keep in touch OK..♥♥♥

Nurul Atiqah said...

thanks 4 information:)

TeacherAzimah said...

dik owner mmg tak nmpk katak tu. ada imagehack ni. cuba tgk kat blog ni: http://kisahseorangogy.blogspot.com/
mcm tu lar blog awk skang ni tp ada 2 ekor jer katak kat sini

Nohtakh ujan said...

biar menang membeli jgn menang memakai...gitulah pepapatah melayu dulu2...skunk dah lain.biar papa asal bergaya...

sarah mohamad said...

bagus ni , tak ramai yang wat tips membeli kereta . tengs !

P0polita said...

wahh.. boleh apply time nk beli kereta nt.. ekekek...

Nama2 Syaitan & Peranan Mereka