Mereka Popular Kerana Youtube

Ok , siapa tak kenal Ana Raffali kan ? , beliau lebih dikenali di Youtube dulu . Semalam , aku tengok rancangan APA SAJA FBI kat tv9 , racangan bual bicara yang dihoskan oleh Faizal Ismail dan topic beliau pasal artis yg popular kat youtube , antara jemputan dia adalah Cikgu Shida dan Paku Dan Belacan , so aku terus dapat idea nak buat entry tentang mereka2 yang popular kat Youtube sebelum dikenali ramai ..

1.Esmee Denters
Denters adalah seorang penyanyi dan juga penulis lagu yang mulai menyanyikan cover version dari lagu-lagu popular di YouTube.Dia menarik perhatian pengurus artis Belanda Jonathan Berhane yaitu Billy Man. Menurut beberapa majalah, Denters adalah penyanyi unsigned pertama dalam sejarah yang pergi langsung dari YouTube ke pentas utama.
2.Marie Digby
Marie Digby adalah seorang penyanyi, pencipta lagu, gitarist dan pianist. Dia dikenali kerana dia menyanyikan Ulang Lagu Umbrella dengan versi Akustik Di Tahun 2007 di youtube,Lagu itu kemudian diputar di stesen radio STAR 98,7, dan masuk carta billboard dengan kedudukan tertinggi di Peringkat Top 10.Digby telah melancarkan tiga album studio, termasuk salah satu album sampul Jepun. Album ini telah menghasilkan tujuh single secara keseluruhan.
3.Andy Mckee
Andy Mckee adalah seorang Fingerstyle Gitarist berasal dari Amerika.ketika ini Andy masuk ke label rakaman Amerika ‘Candyrat Records’ . Gaya bermainnya telah mendapat perhatian penggemar antarabangsa. pada akhir tahun 2006, lagu handalannya “Drifting” menjadi Featured Video di Youtube dan Myspace.
4.Shane Dawson
Shane Dawson adalah aktor di Long Beach, CA yang telah memperoleh populariti dari webshow di Youtube. Acara, “SDTV”, mengikuti Shane Dowson ke mana-mana baik di rumah, bekerja, dan dengan kawan-kawannya. Dia juga membuat film pendek di mana dia memainkan karakter yang berbeza,’differents rast’ dan jenis kelamin.Dia berharap untuk menjadi “Next Big Thing”.saat ini dia sudah mempunyai 1 juta subscribers di seluruh dunia!.
5.Justin Bieber
Justin bieber adalah seorang Penyanyi R&B/Pop asal kanada. Dia ditemukan di YouTube oleh Scooter Braun, yang kemudian menjadi pengurusnya.Bieber adalah satu-satunya artis di Billboard dengan sejarah memiliki empat single dari album perdana di Top 40 dari Hot 100 sebelum pelancaran album.di twitter,Justin mempunyai followers lebih dari 1 juta.
p/s : jujur lah , antara semua diatas ni , aku just kenal justin bieber jer , tu pun sebab lagu dia memdapat hit yang banyak .. 

6 comments:

AmyZana said...

hahaha
samalah kita...yg lain2 tu semue ta kenal XD

nas said...

aah.. aku pun just knal justin bieber je
xsangke youtube je leh femeskan org
hu3

http://nash121.blogspot.com/2011/02/aku-kemalangan-terlanggar-bangla.html

Auto Backlinks said...

This is a free link exchange service as backlink, Everyone knows how important backlinks are to getting a good rank . Here we offer a backlink free and fast for your sites.

fatin sh said...

kalau artis malaysia pulak sapa ya ?

Oreo said...

popular tanpa diduga.

Cik Rose Cute said...

Sama ler jugak gan sis kenal justin bibir jer...hihihihi