Nostalgia : Ustaz Arief Cakra Alam Menipu ?


Sebelum itu, saya nak mengajak korang semua flashback balik di zaman Ustaz Arief ini menunjukkan kehebatannya merawat pesakit dengan kaedah yang boleh dikatakan luar biasa .

"Masih anda ingat suatu ketika dahulu, gempar di kaca TV, seseorang yang mengaku "Ustaz" dari Pusat Rawatan Cakra Alam (terletak di Taman Maluri) menjalankan satu rawatan alternatif secara pelik dan meragukan? Mengikut kata-kata Ustaz tersebut beliau mengamalkan rawatan tradisional menggunakan tenaga dalaman.

Pelbagai teknik-teknik aneh dipaparkan kepada penonton yang tentunya begitu teruja & kagum dengan kepakaran Ustaz tersebut, tahukah anda bahawa semua aksi aksi ini adalah tipu semata-mata? Siap keluar TV lagi .

Kalau nak diikutkan memang ramai pengunjung yang datang untuk mendapatkan rawatan Pusat Cakra Alam yang dimiliki oleh Ustaz Arief yang licik ini. Pelbagai teknik-teknik aneh dipaparkan kepada penonton yang tentunya bergitu teruja & kagum dengan kepakaran Ustaz tersebut. Tahukah anda bahawa semua aksi aksi ini adalah tipu semata-mata?

Baru-baru ini Sekumpulan Penyelidik dari Korea & Pakar Psikik terkenal daripada Jerman, James Randi mendedahkan tentang penipuan Pusat Rawatan Cakera Alam. Antara penipuan yang didedahkan adalah:

1) Rawatan menggunakan telur

Meletakan telur di atas badan pesakit, apabila dipecahkan telur, kononnya terdapat darah kotor. Apabila Pengkaji Korea memberi telur yang dibawa dari kedai untuk digunakan dalam rawatan, Ustaz Arif kata "kena guna telur ayam kampung". Apabila digunakan telur tersebut tidak terdapat pula darah atau apa-apa yang pelik.
MODUS OPERANDI : - Suntik darah/pewarna kedalam telur menggunakan jarum halus, kemudian letak plaster kecik untuk menutup lubang kecil itu.

2) Rawatan cas elektrik

Meletakkan lampu kalimantang di sekitar anggota badan pesakit dan lampu akan menyala sekiranya terdapat cas yang tidak elok. Penggunaan testpen boleh menyala lampu, menandakan ada pengaliran cas elektrik yang tidak stabil
Pengkaji Korea meminta Ustaz guna mentol bervoltan tinggi, tetapi tidak menyala.

Yang menimbulkan keraguan lagi kepada Kumpulan Pengkaji daripada Korea ini, semasa rawatan menggunakan telur beliau tidak memakai selipar ,tetapi semasa rawatan elektrik, beliau memakai selipar (Pelik bukan?) Penyelidik Korea meminta untuk scan selipar Ustaz Arief dengan alat pengesan logam, tapi ustaz Arief tidak benarkan.
Cameraman pula merakam gambar kaki ustaz semasa tengah on off kan lampu, Cukup Jelas semasa On= 'kaki letak' dan Off = 'Kaki angkat'.

Apabila Ustaz Arif tiada, Penyelidik Korea tersebut secara sembunyi-sembunyi menggunakan alat scanner, untuk scan selipar dan keputusannya scanner berbunyi menandakan terdapat alat yang tersembunyi disebalik di dalam selipar tersebut.
MODUS OPERANDI : Dalam selipar tu mengandungi barang electronik yang mampu membekalkan arus elektrik kecil dan tak memberi kesan renjatan pada badan manusia

Persoalannya disini mengapa Pihak-pihak yang berkenaan di Malaysia tidak membuat penyiasatan dan pemantauan sehingga ramai rakyat Malaysia yang telah jelas tertipu dengan Pusat Rawatan Putar Alam ini???

Korang nak tengok videonya boleh KLIK pada video di bawah ini dan nilaikannya sendiri ..


  




Dan ini adalah rumusan yang dijumpai dalam blog brader ni : video dibawah adalah sedutan dari rancangan 360 di TV3 ..




video 360 TV3
Fakta 1:
- Syabas kepada pihak 360 kerana telah membuka mata ramai pihak tentang kelentong, penipuan dan “kepandaian” Ustaz Arif ini.
Fakta 2:
- Sekali lagi, aku keliru dengan apa yang dicakapkan oleh Ustaz Arif ini. Dia mengatakan bahawa video itu dikirim oleh “seseorang”. Buat pengetahuan Ustaz Arif, aku pedulik haper dengan siapa yang mengirimnya. Yang aku ingin tahu, kebenaran video tersebut. * Lain yang ditanya, lain yang dijawab.
Fakta 3:
- Kalau sebelum ini, kita belum pasti dengan cerita sebenar… kali ini aku dah pasti Ustaz Arif ini berbohong sebab ada satu petanda yang aku nampak. Secara psikologi, apabila seseorang itu menjawab sambil pegang hidungnya, maknanya dia tak sure dengan apa yang dikatakannya.
Fakta 4:
- Tapi itu secara teori. Praktikalnya, mengapa tidak diajak Ustaz Arif itu membuat demo seperti apa yang disiarkan di Youtube secara langsung sewaktu temubual dijalankan?
Fakta 5:
- Kalau perlu untuk buat appointment, aku sarankan biarlah pihak 360 membuatnya tapi ditempat awam. Di tengah padang rumput sekolah dan sebagainya dan diwajibkan Ustaz Arif supaya “berkaki ayam”.
Fakta 6:
- Janganlah ditunjukkan adegan mengepit kulit dengan playa itu. Aku, engkau dan ramai lagi sememangnya tidak heran dengan aktiviti tersebut. Itu bukannya topik yang ingin diperkatakan.
Fakta 7:
- Jika dahulu kita pernah melihat debat antara Anwar Ibrahim dengan Sabery Chik, kali ini aku berkenan sangat untuk melihat berdebat Ustaz Arif dengan Ustaz Harun Din. Jika benar, maka Ustaz Arif akan berada di pihak yang benar. Jika tidak, maka inilah masanya penipuan dan dakyah omong kosong ini ditutup buat selama-lamanya. Kalau dahulu Anwar Ibrahim tidak berani bersumpah akan kebenaran kes liwatnya dengan nama Allah, sekali lagi aku cabar Ustaz Arif supaya bersumpah dengan nama Allah bahawa segala penipuan yang ditunjukkan dalam video Youtube itu adalah tidak benar.
Fakta 8:
- Pihak polis diminta membuat siasatan lanjut akan perkara ini. Siap yang benar, benarlah. Biar kebenaran itu tuntas dengan cara yang paling baik. Ada sesiapa yang merekod alasan yang diberi oleh Ustaz Arif bila diminta melakukan demo itu tadi?
Fakta 9:
- Jika benar Ustaz Arif itu pengamal yang boleh mengubat orang dengan cara yang ditontonkan memalui video itu, maka buktikanlah segala testimonial dan report pesakit. Takkanlah kliniknya tidak menyimpan rekod perubatan pesakitnya? Jika semua rekod perubatan pesakit tidak disimpan, adakah engkau rasa betul perjalanan klinik ini?
Fakta 10:
- Ustaz Arif, keluarlah dan buatlah demo di televisyen sepertimana yang direkodkan dalam video itu dengan syarat seperti di no 5. Kalau dahulu bukan main dahsyat lagi demo yang dipertontonkan di dalam televisyen, maka tidak ada alasan bagi Ustaz untuk mengatakan TIDAK.

P/s : kualiti video tak berapa lawa , dah buat yang termampu . :) Sumber : Internet 

12 comments:

NUR AMALIANA said...

wah..thanks for the info..kalo x mmg kene tipu je lg

Faizal Syukri @ Peja said...

manusia... manusia.. sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat untung...

gEe said...

malunye org korea yg mula2 siasat penipuan ni, bknnye org mlysia... dan gaya 'ustaz' tu berckp pun, mcm tergagap2. nmpk sgt menipu.

p/s: mmbzir btol tlur tu. baik die goreng dri mbzir sbb nk mnipu. lg best bile mkn ngan kicap.

vyerheart said...

thanks sbb bg info nie...klu dulu x tahu sekarang dah tahu..

arep_lockermonth said...

salam kenal! arep follow blog kamo! singgahlah ke blog arepnakbebel ek!kalau nak follow arep balik pon ok gK! HEEHE

http://myamigosspace.blogspot.com/

AH7 said...

tipu duit org xslamat dunia akhirat

iniialahaku said...

haha...macam2 sungguhla ni yer..mcam2 lgi kat aidid muadib pnya page ada...

Anitafasha said...

Ish.. Die tipunye kite hidop2.. Tak patot betul..

ayulunera said...

macam tak percaye pon ade...dulu feymes kot die ni, hampir2 gak la penah nak gi berubat dengan die ni...isk..isk..macam2...

mavia said...

Saya cuma nak kata satu benda saja. Jgnlah disebabkan video ini & itu senang sangat untuk kita melabel orang tu sebagai penipu. Pernahkah kita pergi ke pusat perubatan dia? Pernahkah kita berjumpa dengan dia & sebagainya. Janganlah ingat ini hanya internet sahaja tetapi kita perlu menjawab di depan Allah S.W.T semua tuduhan dan dakwaan kita.

mavia said...

Melayu ni tak pernah serik, dulu tentera jepun yg sebahagian besarnya adalah orang korea datang ke sini membunuh & merogol anak gadis melayu & menjajah kita. Sekarang ni pulak orang kita percaya bulat2 percaya dengan hanya video yg tak membawa apa2 erti itu. Cuba tengok betul2, rakaman 360 itu tak membuktikan bahawa ustaz itu seorang pembohong. Jgnlah kita jadi bangsa yg duduk & menyalak kepada orang lain.

Anonymous said...

Duration of its repayment is also long which provides comfort not when you do then go by this credit option without any hesitation. On surrendering the mortgage request the financers authenticate of the loan and sum of interest over this amount. Should have an employment have to meet home improvements, credit card dues, monthly installments and vehicles repairs etc. uk payday loan Applying online debars you from charged since it is unsecured in nature. uk Are form with necessary details:a) You few hours after completing the online applying process.