Kita Mesti Pandai Menggunakan Otak


Ada la satu hari, 3 orang pesakit mental diuji kesihatan mental mereka setelah melalui beberapa siri rawatan oleh doktor. Setiap mereka diuji dengan beberapa sesi ujian (mcm ujibakat la pulak)

Pesakit Pertama
Doktor: Boleh tak awak bezakan antara kuda dengan manusia?
Pesakit: Tak boleh!
Doktor: Apasal pulak??
Pesakit: Nanti saudara saya si kuda belang kecik ati plak...
Doktor: Masih fail dh otak dia nih. Nurse, masukkan dia balik dalam wad.

Pesakit Kedua
Doktor: Sekarang, saya nak awak kira berapa anak tangga kat tangga lipat nih (sambil menunjuk ke arah tangga tersebut)
Pesakit: 2 ribu! (dgn konfiden menjawab, smbil menunjukkan jari "peace")
Doktor: Apasal banyak sangat??
Pesakit: Itu pun dh kira standard apa!
Doktor: Alaahai, ni pun fail jugak otak dia....Nurse, tolong masukkan di ni balik e...

Pesakit ketiga
Doktor: Boleh tak awak naik tangga tu (sambil menunjuk ke arah tangga tadi) sampai anak tangga ke-5, kemudian awak terjun ke bawah...
Pesakit: Awak dah gila ke?!! Kang patah kaki saya, awak nk bayar??
Doktor: Wuih! Yang nih dah ok mental dia! 1 lagi soalan, camana awak boleh berfikir dengan telus gitu?
Pesakit: (Dengan suara konfiden)...Haaa, bila berfikir......kita mesti pandai menggunakan otak...(smbil menunjuk ke arah kepala lutut dia sendiri)
Doktor: Aisey, yg nie pun fail jgk......