Tukang Kapak Dan Mungkar Nangkir

 Al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yg
mendapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan di
warisi separuh dari harta peninggalanya itu.

lalu di tanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di

dalam kubur nanti.

lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjaga mu wahai

ayah.kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.


selang keesokan di panggil semua adik beradiknya.dan beliau berkata.


wahai adik-adik ku sekelian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah

aku mati nanti.bersama selama 40 hari di dalam kubur yg ku hias indah
seperti banglo mewah ini.dan aku juga akan memberi setengah dari harta
ku kepada di antara kamu yg sanggup bersama ku.

adik-adiknya pun menjawab.wahai abang ku adakah engkau sudah gila mana

mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan
pula di dalam tanah.

lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya.beliau masih

bertegas dengan hajatnya yang ingin di teman di dalam kubur nanti
apabila beliau sudah mati nanti.di panggil setiausahanya supaya di war
war di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

dan akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali

kerahmatullah.kuburnya di hias indah dan di gali seperti sebuah banglo
di dalam tanah yg mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

dan pada waktu yg sama seorang tukang kapak yang sangat miskin telah

mendengar akan wasiat tersebut lalu di beritahu kepada isterinya apakah
aku perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

isterinya berkata,wahai suami ku apa la sangat menjaga mayat tersebut

selama 40 hari di bandingkan kerja-kerja mu di dalam hutan bertemu
harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu.lagi pun makanan di
sediakan.

tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut

untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

keesokan harinya di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun

mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama.si
tukang kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah
bersama kapaknya

setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka
datanglah mungkar dan nangkir ke dalam kubur tersebut.

si tukang kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang
hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.terfikir di
fikiranya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan di soal oleh
mungkar dan nangkir.

tetapi sebaliknya yang berlaku.mungkar dan nangkir telah menuju ke
arahnya dan lalu berkata.

apa yang kau buat di sini.

aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta
wasiatnya.

apa harta yang kau ada sekarang

aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

dari mana kau dapat kapak ni

aku membelinya

lalu hilanglah mungkar dan nangkir di hari pertama di dalam kubur
tersebut.

hari kedua di tanya pula,apa yang kau buat dengan kapak ni?

aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual

hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut

pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni

kat hutan mana ada orang punya pokok

adakah kau pasti

lalu hilang lagi mungkar dan nangkir

hari ke empat

adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukuranya dan beratnya
sama untuk di jual.

aku potong cincai-cincai je,mana boleh ukur sama rata

lalu hilang dan muncul mungkar dan nankir tersebut selama 39 hari dan
soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.dan di hari terakhir ke
40 datanglah mungkar dan nangkir sekali lg bertemu dengan tukang kapak
tersebut.

berkata mungkar dan nangkir hari ini hari terakhir aku bersama mu buat
seketika tp aku akan bertanya pasal kapak ini.belum sempat mungkar dan
nangkir menyoal beliau ,si tukang kapak tersebut telah melarikan diri ke
atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramai
orang sudah menantikan kehadiranya untuk keluar dari kubur tersebut.

si tukang kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan
mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan
aku tidak menginginkannya lagi.

sampai di rumah lalu si isteri berkata wahai suami ku di manakah
setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

maka jawab si tukang kapak.aku tidak mahukannya lagi.sedangkan harta aku
yang ada kat dunia ini hanya kapak. tapi apa yang di soal mungkar dan
nangkir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini.apa akan jadi
sekiranya harta aku begitu banyak.bagaimana dapat aku menjawabnya.

No comments: