Kisah Tok Penghulu Yang Terlampau

Kisah ni aku dpt dari kawan aku..  Sila baca ye..
Jenazah Latip yang mati dibunuh itu diusung ke tanah perkuburan oleh
orang-orang kampung. Sewaktu jenazah tersebut hendak dikebumikan, hujan
turun mencurah-curah dengan tiba-tiba. Maka, segala kerja terpaksalah
dilaksanakan dengan pantas kerana semakin lama hujan tersebut semakin lebat.

Malam itu Derus tak dapat melelapkan matanya. Nak duduk salah, berdiri pun

salah. Akhirnya Derus nekad. Tepat pukul 12 tengah malam, Derus mengambil
beberapa peralatannya dan terus menuju ke kawasan perkuburan. Sasarannya
hanya satu, kubur Latip!

Dengan tenang, Derus menyalakan lampu pelitanya dan dia pun memulakan kerja

menggali semula kubur tersebut. Peluh dingin tak henti-henti mengalir dari
badannya... ... namun Derus masih lagi dengan nekadnya. Dia menguatkan
semangatnya dan terus menggali kubur Latip yang masih baru itu.

KUK!! Mata cangkul Derus mengenai sesuatu. Derus tahu dia sudah hampir

sangat dengan mayat Latip. Derus harus berhati-hati. Separuh dari usahanya
kini telah berjaya.

Derus melompat naik ke atas semula untuk berehat seketika. Sejurus kemudian,

dia melompat ke dalam kubur semula sambil tangan kanannya memegang kemas
sebatang lilin yang sudah sedia terpasang. Derus meninjau-ninjau keadaan di
sekitar tempat jenazah Latip disemadikan sambil sekali-sekala tangannya
menguis-nguis tanah di sekitar tempat persemadian tersebut. Derus mula
mendengus dengan penuh rasa tak puas hati sambil matanya masih lagi meliar
mencari sesuatu.

Dengan tiba-tiba ,suasana di kawasan perkuburan itu menjadi riuh-rendah.

Berpuluh-puluh cahaya lampu suluh menyuluh ke arah muka Derus yang masih
lagi berada di dalam kubur Latip. Derus tersentak!

"Ooo... ini rupanya kerja engkau ye Derus! Engkau dah takda kerja lain ke,

hah?!"Tok Penghulu terus menyergah dengan marah.

"Tapi tok... . tapi... ."


"Takde tapi-tapi! Engkau naik sekarang jugak! Naik aku kata!"Tok Penghulu

kelihatan betul-betul marah. Semua yang berada di situ tak berani nak
bersuara... .. malah ada antara mereka yang terpaksa menahan kentut kerana
terlalu takut pada Tok Penghulu yang sedang marah itu. Dengan perlahan-lahan
Derus melompat naik ke atas kubur.

"Tapi tok... saya cuma nak cari... .."


"Cari apa?! Cari minyak dagu, hah?! Carik apa?! Carik ini?! Hiyarkhh!!" Tok

Penghulu terus menumbuk lutut Derus sehingga menyebabkan Derus terpelanting.
Tak cukup dengan itu, Tok Penghulu terus menampar siku Derus sekuat hati
sehingga menyebabkan mulut Derus berdarah.

"Tok Penghulu... .. tok... .. cuba lihat benda tu!" Tiba-tiba suara Lokman

mencelah sambil tangannya menyuluh ke arah satu benda yang terdapat di dalam
kubur Latip. Lokman terus melompat ke dalam kubur dan mengambil barang
tersebut yang kelihatan separuh tertanam berhampiran dengan jenazah Latip.
Lokman segera menyerahkan benda tersebut kepada Tok Penghulu. Tok Penghulu
tergamam seketika.

"Err... . ini ke benda yang kau carik tu Derus?"Tanya Tok Penghulu pada Derus

yang hampir-hampir cedera parah setelah dibelasahnya tadi.

"Iye tok. Itu ... ... itu dompet saya. Duit saya semua ada kat dalam tu.

Kalau tak ambik balik, macam mana saya nak belikan susu untuk anak saya kat
rumah tu."Jawab Derus dengan nada yang lemah.

Oleh kerana merasa malu dengan tindakannya yang tanpa usul periksa itu, Tok

Penghulu akhirnya meletakkan jawatannya sebagai Tok Penghulu dan kemudian
beliau memohon pula jawatan sebagai operator pengeluaran di salah sebuah
kilang membuat selipar Jepun.

Sekian..

No comments: