Siapalah Diri Kita Ini

Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita.

Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu.

Apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.


Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.

Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya. Sedangkan kita belum tahu kesudahan hidup kita

Oleh sebab itu, marilah kita bersama-sama menanamkan sifat tawaduk dalam diri kita kerana ia tidak sedikit pun mengurangkan atau menghina harga diri kita. Allah telah memuji hamba-Nya yang bertawaduk dan mengangkat darjat mereka.

PESAN IMAM GHAZALI
Allahu Ta'ala a'lam...

No comments: