Wanita Oh Wanita

1.Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada
Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab
baginda , " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-
sia."

2.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1000 lelaki yang soleh.

3.Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah .Dan
orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan
api neraka ke atas
tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di
dalam syurga.

5.Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada
keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan
amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6.Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta sikap bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

8.Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu
bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih
dahulu.

9.Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-
mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

11.Wanita yang taat pada suaminya, maka semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat dilangit,
matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita?" Jawab Rasulullah
SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab
Rasulullah SAW, "Ibunya."


13.Perempuan apabila sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah
dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.


14.Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).

15.Apabila seseorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16.Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah.

17.Apabila seseorang perempuan melahirkan
anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.

18.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah SWT.

No comments: