Kalaulah Perempuan Faham Isi Hati Lelaki..

klau lah pompuan fhm isi hati lelaki..
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu
sensitif dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak
semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan
kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai
wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya
samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu,
banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.



Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui
perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk
menambat hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap
wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita,
menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci
mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi
ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho
hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu
seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang
setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu
hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan
berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami
maksudnya.

Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari
sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila
perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan
dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu
keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa
perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki
perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana
berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat
berjalan dengan lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan
'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada
seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya
kawan..:)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu
menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak
sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu
indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki
juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya
kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki,
perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu
juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya
menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan.
Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir
dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air
mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun
rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan
janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki!
Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
"

No comments: